Selasa, 21 Januari 2014

Persoalan yang perlu difikir-fikirkan?

Nilai dan etika adalah elemen penting dalam pengurusan dan pentadbiran. Perkara ini diakui oleh ahli sejarah dan tokoh falsafah sains sosial sebagai faktor penting dalam mengawal kegiatan yang tidak bertanggungjawab. Di Malaysia, kesedaran masyarakat terhadap ketidakpuasan terhadap amalan yang tidak bermoral dalam pengurusan merupakan fenomena yang agak baru. Menyedari hakikat bahawa kecemerlangan pengurusan adalah bergantung kepada sejauhmana beretikanya kakitangan dalam perkhidmatan, khususnya dalam mencapai wawasan negara, maka kerajaan telah memperkenalkan pelbagai slogan dan akta untuk mencapai matlamat tersebut.2 Penerapan nilai nilai Islam adalah yang terpenting diberikan perhatian, kerana perlanggaran etika sering dikaitkan dengan persoalan keperihatinan terhadap agama. Persoalannya, adakah persoalan etika hanya dikhususkan kepada kakitangan beragama Islam semata dan tidak melibatkan penganut agama lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan