1.Menunaikan solat lima waktu.
Usahawan perlu menunaikan solat lima waktu setiap hari.Solat adalah
tiang agama yang perlu ditunaikan di mana sahaja berada.Ramai
usahawan mengabaikan solat lima waktu kerana terlalu sibuk berniaga.
Mementingkan wang sehingga mengabaikan solat.Usahawan tidak pernah
memandang nasib pada masa hadapan iaitu akhirat.
Lihatlah
berapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan
di pasar malam,kedai-kedai,gedung perniagaan dan lain-lain leka serta
cuai dalam menunaikan solat. Ketika azan berkumandang,usahawan sibuk
menjalankan tugas dan mesyuarat demi mengejar keuntungan dan
kekayaan.Meninggalkan solat adalah perkara biasa kepada
segelintir usahawan. Apabila usahawan meninggalkan solat,ianya
menunjukkan usahawan tidak memahami tujuan kehidupan dan pengertian
ibadat kepada Allah. Dalam fikiran usahawan hanya wang dan harta.
Usahawan yang mahu keredaan Tuhan dan rasul-Nya perlu menunaikan
solat lima waktu ketika sibuk,susah atau senang.Bumi Malaysia
yang luas dan kaya ini tidak kurang terdapat masjid,surau untuk
kemudahan orang islam.Malah orang islam boleh menunaikan solat di mana
sahaja,asalkan bersih. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk
dengan perniagaan adalah alasan yang tidak diterima Allah di akhirat.
Manusia yang sentiasa berterima kasih kepada Allah ialah manusia yang
menunaikan perintah Tuhan walau di mana pun berada.Menunaikan solat
adalah kewajipan kepada orang islam
yang mukallaf.Menunaikan solat bukan mengambil masa yang lama
dan panjang. Luangkanlah masa mengerjakan solat.Jadilah usahawan yang
diredai Allah dan nabi-Nya. Apalah guna mendapat rezeki yang
banyak,memandu BMW,tinggal di banglo mewah,memiliki suami atau
isteri yang cantik,mendapat anak-anak yang sihat, mampu melancong sana
sini tetapi di dalam kubur nanti menerima pukulan mungkar dan nangkir,
manakala akhirat kelah dihumban ke neraka. Itulah balasan usahawan yang
mengabaikan solat.
2.Mementingkan
rezeki halal.
Perniagaan mempunyai pelbagai
cabang.Islam hanya menghalalkan segala jenis perniagaan yang
bersih.Sikap usahawan yang tidak pernah mengambil berat isu halal haram
adalah usahawan yang tidak mementingkan agama. Menjual dadah,
arak, mengamalkan rasuah, judi, menipu, menyembunyikan aib
produk,menjual produk tarikh luput, monopoli, menyorok barang adalah
antara contoh perniagaan yang dilarang sama sekali.Namun segelintir
usahawan mahu cepat kaya dan mahu mengambil jalan pintas.
Wujud
juga sesetengah usahawan yang menjalankan perniagaan halal seperti
membuka restoran dan kedai makan tetapi tidak mementingkan sumber yang
halal. Ada yang
menjual ayam yang tidak disembelih dengan syariat dan cara yang
betul,tidak membasuh telur
dengan bersih kemudian memegang dan membuat roti canai,menggunakan susu
dan bahan minuman yang telah luput tarikh,menipu dalam kiraan harga,
menjual makanan yang telah basi dan lain-lain. Segala perbuatan tersebut jelas menyebabkan rezeki yang diperolehi usahawan
menjadi tidak halal walaupun asal perniagaan adalah halal.
Begitu juga usahawan yang menipu dalam timbangan dan sukatan kerana mahu
mengaut lebih keuntungan.Ada juga usahawan yang menjual emas yang telah
dicampur dan mendakwa ianya asli dan tulin.
Pelbagai usaha dan langkah dilakukan usahawan untuk mengaut keuntungan
tanpa mengira perbuatan tersebut adalah salah. Usahawan yang mahu
mendapat keredaan Allah perlu menjalankan perniagaan dengan cara yang jujur, amanah, bersih dan suci. Usahawan yang mementingkan
rezeki yang halal adalah usahawan yang diakui Tuhan sebagai usahawan yang taat dan mendapat balasan baik di akhirat nanti.
Janganlah mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan faktor halal dan haram. Rezeki yang haram akan membawa usahawan ke
neraka nanti. Berusahalah menjalankan perniagaan yang halal dan pastikan perniagaan mendapat berkat dan bersih.
3.Sentiasa benar.
Kebanyakan usahawan berpendapat jika seseorang mahu berjaya dalam
perniagaan perlu
belajar menjadi penipu dan pembohong.Sifat berbohong dan menipu akan
melariskan perniagaan. Memang tidak dinafikan berbohong akan mudah
melariskan jualan dan memajukan
perniagaan kerana pelanggan mudah
percaya dan tertarik dengan apa yang dikatakan usahawan.
Walaubagaimanapun sikap berbohong dan menipu adalah sikap yang dibenci
oleh Allah.Islam tidak pernah menghalalkan perbuatan berbohong untuk
melariskan perniagaan.
“Berkatalah benar walau pahit
sekalipun”, begitulah sabda nabi. Dan
sebuah hadis bermaksud “Benar itu membawa kepada kebenaran dan
kebenaran itu membawa kepada syurga”. Kedua-dua hadis tersebut jelas
menunjukkan kepentingan sifat benar. Usahawan yang mahu mendapat
keredaan Tuhan perlu sentiasa benar dalam apa jua
yang dilakukan samaada dalam kehidupan seharian atau perniagaan. Jangan
mengharapkan jualan yang laris dengan sikap berbohong. Berbohong akan
menyebabkan rezeki yang diperolehi menjadi haram dan tidak berkat.
Matlamat usahawan islam ialah hala dan berkat.
Berbohong untuk mendapatkan keuntungan dan kemajuan dalam perniagaan
tidak membawa keberkatan dan keredaan Tuhan.
Usahawan perlu sentiasa
benar dalam apa jua keadaan. Jangan mengikut teladan sesetengah
usahawan yang suka berbohong kerana perbuatan tersebut
akan membawa musibah kepada usahawan nanti.Sifat buruk tersebut patut
tiada dalam hidup usahawan islam yang mahu cemerlang.
Sentiasalah benar dalam perniagaan. Jangan menipu dan berbohong kerana tamakkan keuntungan.Jangan jadikan rezeki itu haram
dan tidak berkat. Jangan campakkan diri dalam kerosakan akibat berbohong dan berdusta.
4.Mengutamakan hak pengguna.
Usahawan yang diredai Allah dan nabi-Nya adalah usahawan yang
menjalankan perniagaan bukan semata-mata
mengaut keuntungan tetapi juga mementingkan hak pengguna.Usahawan yang
menjual daging ayam yang tidak disembelih dengan betul dan menepati
syariat ialah usahawan yang tidak menghormati hak pengguna. Usahawan
yang menjual dengan harga terlampau tinggi adalah
usahawan yang tidak menghormati pengguna. Usahawan yang memuji kualiti
produk melebihi kualiti sebenar adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan
yang menjual produk tiruan adalah tidak bertanggungjawab. Usahawan yang
menjual produk yang membahayakan pengguna
adalah tidak bertanggungjawab.Usahawan yang menyembunykan aib produk
adalah tidak bertanggungjawab.
Usahawan yang bertanggungjawab
dan menjaga hak pengguna tidak akan melakukan sebarang perbuatan yang
menyusahkan pengguna dan pelanggan. Ketamakkan
sesetengah usahawan mencari keuntungan sehingga sanggup melakukan apa
sahaja dalam perniagaan sehingga menyusahkan pengguna dan pelanggan.
Malah ada syarikat besar mencipta dan menjual produk yang memberi
pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Sebagai contoh,
Viagra. Walaupun produk tersebut mampu memberi tenaga istimewa kepada
lelaki tetapi telah banyak berlaku kematian dan serangan jantung kepada
pengguna.Ini menunjukkan syarikat berkenaan tidak bertanggungjawab kepada pengguna.
Pelbagai jamu,pil
kesihatan keluaran tempatan dan luar negara dijual dipasaran.
Kebanyakan usahawan tidak mengendahkan keselamatan pengguna. Apa yang
penting ialah keuntungan. Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh
kerajaan seperti mengharamkan produk yang berbahaya dan memberi
kesan sampingan tetapi usahawandegil tetap mahu menjual dan boleh
didapati di mana-mana dengan mudah.
Setiap manusia adalah
pengguna.Begitulah juga dengan usahawan. Setiap usahawan perlu
berhati-hati dalam perniagaan agar tidak melakukan perkara
yang boleh menyusahkan pengguna.Usahawan yang mementingkan hak pengguna
adalah usahawan yang diredai Tuhan.
5.Menunaikan zakat.
Islam adalah agama sederhana dan tidak menyusahkan umatnya. Zakat
adalah rukun islam,namun
ianya hanya diwajibkan kepada orang yang mampu sahaja. Apabila usahawan
mampu dan layak mengeluarkan zakat,maka usahawan perlu mengeluarkan
zakat. Wujud usahawan yang tidak menunaikan zakat walaupun layak.
Alasannya ialah mahu menggunakan wang tersebut ke
arah lain seperti melancong, membeli perhiasan,membeli barang kemas dan
lain-lain. Usahawan degil merasa rugi mengeluarkan zakat walaupun tahu
zakat itu wajib. Usahawan yang mahu keredaan Allah tidak akan
mengabaikan zakat. Usahawan cemerlang akan memiliki
akaun untung-rugi setiap tahun supaya dapat mengesan perniagaan.
Mempunyai akaun akan membantu usahawan agar tahu sama ada layak atau
tidak membayar zakat. Ketika zaman nabi masih hidup, wujud usahawan yang
degil dan enggan membayar zakat walaupun tahu ianya
wajib. Ini menunjukkan telah wujud usahawan tamak dan rakus ketika
baginda masih hidup. Apa lagi pada zaman ini.
Zakat akan
membersihkan harta dan memberi banyak manfaat kepada orang memerlukan
seperti orang miskin, orang cacat, fakir dan lain-lain.
Usahawan perlu mempunyai akaun kira perniagaan dan membayar zakat jika
layak jika mahu menjadiusahawan cemerlang dan diredai Tuhan. Malah harta
zakat akan menjadi saksi nanti diakhirat kepada usahawan.
6.Sentiasa bersyukur.
Kebiasaannya manusia akan gembira bila mendapat nikmat dan kecewa dan
sedih apabila ditimpa kesusahan dan masalah.Begitulah dengan usahawan.
Usahawan perlu belajar menjadi manusia bersyukur ketika susah dan
senang. Usahawan perlu bersyukur ketika
perniagaan menampakkan kemajuan dan tidak kecewa apabila mengalami
kemerosotan. Usahawan yang bersyukur akan merasakan kemerosotan sebagai
ujian dan dugaan dari Allah.
Menjadi usahawan yang bersyukur
akan membersihkan usahawan daripada segala
sifat keji dan hina seperti hasad dengki, sombong, takabbur, ego dan
mementingkan diri sendiri. Sifat syukur juga akan mendidik usahawan
menjadi manusia yang sentiasa merendah diri. Usahawan perlu sentiasa
bersyukur agar diredai Allah dan nabi-Nya.Jangan hanya
tahu bersyukur apabila mendapat kesenangan tetapi menyalahkan Tuhan
apabila ditimpa kesusahan dan masalah.
7.Sentiasa bertaubat.
Tiada manusia yang bersih tanpa noda,tidak terkecuali
usahawan.Bertaubat adalah jalan
membersihkan diri.Manusia sering lalai dan lupa.Manusia sering ditipu
oleh nafsu dan syaitan. Usahawan perlu sering bertaubat untuk
membersihkan diri.Jangan jadi usahawan yang suka menipu dan melakukan
perbuatan haram,kemudian bertaubat untuk menghalalkan
harta perniagaan. Ianya taubat yang tidak bernilai di sisi Tuhan. Harta
haram tetap haram.I anya tidak akan menjadi halal walau ribuan zikir
taubat dilaungkan. Justeru usahawan perlu menjauhkan perbuatan dan cara
perniagaan yang haram. Amalkan cara dan panduan
perniagaan berlandaskan suruhan dan ajaran agama.
8.Menjaga perhubungan baik dengan manusia.
Usahawan banyak berinteraksi dengan pengguna dan pelanggan. Justeru
usahawan perlu menjaga hubungan baik.Bukan sahaja bermatlamat
keuntungan dalam perniagaan tetapi mahu mengekalkan
silaturahim,persaudaraan dan kemanusiaan. Usahawan perlu menjauhkan
sikap yang menyakiti manusia lain seperti menggunakan perkataan kesat,
sindiran, penghinaan dan lain-lain. Usahawan juga tidak patut memandang
rendah kepada manusia lain terutama orang miskin dan hina. Sikap
sombong dan ego terutama berhadapan manusia serba kekurangan patut
dijauhi. Lihatlah bagaimana kereta mewah menghimpit penunggang
motosikal, begitulah sikap manusia ego dan tidak bertanggungjawab.
Usahawan perlu menjaga tingkah laku dan perbuatan agar tidak dibenci
manusia lain. Profesion usahawan bukanlah peluang menunjukkan kehebatan
dan kebanggaan tetapi adalah cara mencari rezeki halal dan mendapat
keredaan Tuhan disamping menjaga hubungan
baik dengan manusia.
9.Berjasa.
Sebuah hadis bermaksud “Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling
bermanfaat kepada manusia lain”.Justeru usahawan boleh menjadi manusia
yang paling banyak berjasa kepada
manusia lain kerana usahawan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak
berbanding manusia yang makan gaji. Pelbagai perbuatan baik boleh
dilakukan usahawan jika mahu berjasa. Binalah perpustakaan persendirian
di kawasan anda dan beri peluang pelajar dan orang ramai
memanfaatkannya. Bantulah anak yatim dan pelajar miskin.Bantulah ibu
atau bapa tunggal yang susah.
Binalah perhentian bas. Berilah
sumbangan untuk membina dewan, surau, tempat permainan dan lain-lain.
Terlalu banyak perkara dan benda boleh dilakukan
usahawan jika mahu menjadi manusia berjasa. Usahawan perlu mengejar
keuntungan dan kekayaan, namun usahawan perlu berjasa kepada negara dan
manusia lain.Jangan sia-siakan kekayaan dan keuntungan. Jadilah
usahawan yang dikenang kerana kebaikan,bukan usahawan
yang banyak menghabiskan harta keuntungan di tempat maksiat dan dosa.
10.Membantu usahawan lain.
Jika anda berjaya dan cemerlang dalam perniagaan,bersyukurlah kepada
Allah. Buktikan kasih sayang anda kepada bangsa
dan agama dengan membantu usahawan lain supaya berjaya seperti anda.
Andai anda berpeluang dan mempunyai kelapangan, manfaatkan masa untuk
memberi ceramah kepada usahawan terutama usahawan baru, menulis artikel
tentang perniagaan di akhbar dan majalah, menulis
buku tentang perniagaan. Berikanlah ilmu, kemahiran, pengalaman dan
pengetahuan kepada usahawan lain. Ramai usahawan menunggu buku karangan
usahawan terkenal seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Halim Saad, Datok
Saleh Sulong dan lain-lain.
Berikan
idea dan pengalaman berguna kepada usahawan lain.Sekiranya tidak mampu
membantu dengan wang ringgit,berikanlah ilmu.Ini berdasarkan sebuah
pepatah cina yang bermaksud “Apabila seseorang meminta ikan, jangan beri
ikan tetapi berilah pancing dan ajarkan
dia memancing ”.
11.Menjauhi maksiat.
Usahawan perlu mengelakkan perbuatan dosa terutama sekali dosa-dosa
besar. Melakukan pelbagai dosa dan maksiat akan menjadikan usahawan
manusia yang tidak mencintai agama.
Ramai usahawan menghabiskan masa bermain golf sehingga melupakan solat.
Begitu juga ada yang berseronok dengan pelacur di negara jiran. Tidak
kurang juga yang meminum arak, berjudi, mengamalkan sihir dan tangkal.
Pelbagai dosa dilakukan tanpa
memikirkan implikasi di hari akhirat. Usahawan perlu menjauhi
maksiat.Nikmat rezeki yang halal dan bersih tidak sepatutnya
dibelanjakan ke jalan yang tidak baik dan merosakkan agama. Sayangi wang
dan harta dan pastikan ia membawa ke arah kebaikan.
12.Tidak melakukan sabotaj.
Usahawan perlu mengelakkan perbuatan sabotaj kepada usahawan lain.
Melakukan perbuatan sabotaj boleh merosakkan perniagaan orang lain dan
menutup periuk nasi mereka. Usahawan yang mahu diredai Allah tidak
akan melakukan perbuatan sabotaj dan meruntuhkan perniagaan orang lain.
Hadapi segala masalah perniagaan dengan cara yang bersih dan beretika.
13.Membayar pinjaman.
Ramai usahawan mendapat peluang pinjaman dari pelbagai
badan dan agensi kerajaan dan swasta.Usahawan perlu bijak memanfaatkan
peluang pinjaman untuk membesarkan dan memajukan perniagaan dan berusaha
melangsaikan pinjaman sebagaimana perjanjian. Masih ramai usahawan
degil dan mementingkan diri sendiri. Ada yang
sengaja melewatkan pembayaran pinjaman sedangkan mampu.Usahawan perlu
membayar pinjaman demi memberi peluang usahawan lain merasa wang
pinjaman membesarkan perniagaan. Demikianlah beberapa ciri usahawan yang
menepati ajaran agama.
Usahawan islam
perlu menjadi manusia yang benar-benar mendapat keredaan Tuhan dan
rasul. Jangan jadi usahawan yang tamak,rakus,mementingkan diri,kaki
maksiat dan dibenci manusia. Pastikan setiap langkah dalam perniagaan
membawa kebaikan kepada diri dan keluarga. Pastikan
perniagaan memberi banyak faedah kepada diri sendiri, keluarga, agama,
bangsa dan negara.
Didiklah diri menjadi usahawan yang maju
dalam perniagaan dan mendapat keredaan Tuhan dan nabi-Nya.Keredaan Tuhan
adalah harta dan bekalan yang amat berharga
di akhirat nanti. Apalah guna kereta mewah, rumah banglo, emas
permata……..ianya akan ditinggalkan. Yang kekal dan berguna kepada diri
ialah keredaan Tuhan
Casino Delivers $250M in Moolah's Rewards Tier Credits
BalasPadamCasino Delivers $250M 군산 출장안마 in Moolah's 충청북도 출장샵 Rewards Tier Credits 거제 출장샵 in the casino. 나주 출장안마 The Moolah 포천 출장안마 Rewards tier reward is a reward